Friday, 3 April 2015

Pengenalan Kepada Apple

Assalamualaikum

Harini 3 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Apple yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Syarifuddin.

Apple Inc merupakan sebuah laman web yang mereka bentuk, membangun, serta menjual peralatan elekronik kepada pengguna seperti perisian komputer peribadi, smartphone, tablet dan banyak lagi. Antara produk yang paling terkenal perkakasannya ialah MacBook, Ipod, Iphone dan Apple Watch iaitu jam tangan pintar elektronik.

Laman web ini telah diasaskan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada 1 April 1976. Pada masa itu, mereka membangunkan laman web yang dinamakan Apple Computer dengan tujuan  menjual komputer peribadi. Kemudian, pada 3 Januari 1977, mereka telah menaiktaraf  nama tersebut kepada  Apple Inc.

Syarikat Apple juga merupakan syarikat kedua terbesar teknologi maklumat sdengan hasil selepas Samsung Electronics dan mudah alih diiktiraf sebagai syarikat ketiga terbesar di dunia. Apple juga telah menjadi syarikat Amerika Syarikat yang pertama yang bernilai lebih daripada $700 billion. Bukan sahaja itu, malah Apple juga telah mempunyai 437 cawangan di lima belas negara yang beroperasi dalam talian Apple Store dan iTunes Store.

Thursday, 2 April 2015

Pengenalan Kepada Google

Assalamualaikum

Harini 2 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Google yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Azlan Salleh.

Untuk KPD303, beliau telah membentangkan satu website yang sering digunakan oleh seluruh dunia iaitu Google. Tetapi sebelum beliau memilih website Google ini untuk dibentangkan, beliau telah mentelaah beberapa website untuk dipilih. Beliau mengkaji website tersebut untuk memahami lebih lanjut berkenaan website tersebut. Selepas mentelaah beberapa website tersebut, beliau rasa sangat yakin untuk memilih website Google untuk diperbentangkan. Beliau memilih itu kerana beliau rasa Google sangat terkenal dan Google adalah sebuah website umum. Google sering digunakan untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau pun membuka laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Jika hendak mencari maklumat menggunakan Google ini tidak perlu mendaftar. Jika ingin memuat naik, membuka app di dalam Google, perlulah mendaftar. Google bukan sahaja untuk mencari maklumat, membuka app, membuka laman sosial, Google juga boleh digunakan untuk mencari gambar di google image, melihat peta seperti di google maps. Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan Google ini. Salah satu kebaikannya adalah dapat mencari maklumat dengan mudah. Keburukannya pula Google ini terlalu terdedah dengan perkara yang negatif.

Wednesday, 1 April 2015

Pengenalan Kepada Instagram

Assalamualaikum

Harini, 1 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Instagram yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Hazirah Hamdan.


PENGENALAN KEPADA LAMAN SOSIAL INSTAGRAM

Instagram ialah Laman Sosial yang digunakan untuk berkongsi video atau gambar.

     Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang membolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010.

     Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram menaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android / Smartphone.

     Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Instagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

     Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagram telah maniktarafkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.


Capture and Share the World's Moments
 Instagram is a fast, beautiful and fun way to share your life with friends and family.
Take a picture or video, choose a filter to transform its look and feel, then post to Instagram — it's that easy. You can even share to Facebook, Twitter, Tumblr and more. It's a new way to see the world.



Di atas itu adalah tagline isntagram.