Monday, 3 February 2014

Computer System

Assalamualaikum!


Hai kita jumpa lagi! Hihihi. Harini Diba nak post pasal Computer System. Computer System ni Cik Azmi yang mengajar. Tapi, Cikgu Zain suruh post apa yang telah Diba belajar dengan cikgu Azmi pasal Computer System ni. Korang nak tau Computer System ni apa dan sebagainya? Jom baca post Diba.

Apa itu Computer System?

Komputer berasal dari perkataan "compute" yang membawa maksud melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan 3 perkara itu menerima arahan input, memproses maklumat dan mengeluarkan data output akan dipanggil "compute". Contoh peralatan yang memiliki ciri ciri seperti ini :

Telefon bimbit
Kalkulator
Mesin air berbayar

Takrifan tentang komputer :

Komputer ialah alat elektronik yang dapat memproses data, menghasilkan maklumat dengan cepat dan mudah. Juga dapat menyimpan maklumat dan boleh membentang hasil maklumat dalam bentuk jadual, graf dan lain-lain. ia juga dapat memasukkan data (input), proses kemudian menyatakan maklumat (output).

Kebaikan dan kelebihan penggunaan komputer :

Pemprosesan maklumat lebih cepat.
Dapat menghubungi rakan dengan mudah.
Banyak perkara penting yang boleh dicari dengan mudah dan senang.
Dapat menghantar maklumat dengan mudah dan pantas.
Komputer mempunyai 4 bahagian untuk beroperasi
Peranti input - Memasukkan data-data yang hendak diproses.
Unit sistem asas - Tempat memproses data-data yang diterima.
Unit Output - Memaparkan maklumat yang sudah diproses ke dalam bentuk yang mudah difahami.
Sistem storan - Untuk menyimpan data atau maklumat.

Haaa nilah about Computer System yang Diba belajar harini. So macam mana? Dah faham? Good! Hihihi. Ok. Semoga berjumpa lagi. Bai bai. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment