Thursday 23 April 2015

Gambar Bergerak

Assalamualaikum

Cara membuat gambar bergerak di blog ;

  • Buka laman web blogger.com
  • Login ke dalam blog anda
  • Pilih "Layout" di blog anda
  • Pilih "Add Gadget" >> HTML / JavaScript
  • Salin kod dibawah ni dan tempelkan disitu


<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" scrollamount="4" onmouseout="this.start()">
<img src="URL GAMBAR 1" width="100%" height="100%" /><br />
<img src="URL GAMBAR 2" width="100%" height="100%" /><br />
<img src="URL GAMBAR 3" width="100%" height="100%" /><br />
<img src="URL GAMBAR 4" width="100%" height="100%" /></marquee>

*Pada perkataan yang berwarna merah "up", anda boleh mengganti arah gerakan gambar tersebut sama ada dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas "up / down "

*Pada "URL GAMBAR" pula anda boleh menggantikannya dengan url gambar yang lain

*Lebar (Width) dan Tinggi (Height) dapat diubah mengikut kehendak anda


*Klik Simpan (Save)

Wednesday 15 April 2015

Pengenalan Kepada 9GAG

Assalamualaikum

Harini 15 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web 9GAG yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Meor Hariz.

9GAG, Inc. beroperasi dalam platform dalam talian dan laman web media sosial. Pengguna memuat naik dan berkongsi imej "dijana pengguna" dan video. 9GAG, Inc berpusat di Mountain View, California. Sejak laman web ini yang dilancarkan pada 23 April 2008, ia telah berkembang dalam populariti, mencapai lebih daripada 20 juta Facebook dan lebih 3 juta pengikut Twitter pada pertengahan bulan September 2014.

Laman web ini telah menjadi pengasas bersama pada tahun 2008 oleh Universiti Hong Kong. Seorang pelajar bernama Chris Chan, dengan objektif untuk mewujudkan platform alternatif dalam talian untuk email di mana pengguna dengan mudah boleh berkongsi gambar atau video lucu.

Tuesday 14 April 2015

Pengenalan Kepada Google+

Assalamualaikum

Harini 14 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Google+ yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Shahril.


Google +(plus) merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Laman ini secara rasminya dibuka pada 22 Jun 2011. Pengguna yang mempunyai rakan yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh menyertai laman sosial ini. Tetapi menurut eksekutif syarikat Google tersebut, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna. Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google profile dan Google Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baru rangkaian sosial seperti cicles, hangout, spark dan huddle. Ini merupakan percubaan pertama dan terbesar syarikat Google untuk bersaing dengan laman sosial seperti Facebook.



Ciri-ciri google+


  • Google profiles

- google profiles merupakan satu akaun yang boleh mengakses website-website tertentu seperti Youtube dan Blogger


  • Hangout

- hangout adalah tempat yang digunakan untuk perbualan video


  • Huddle

- membolehkan para pengguna menguruskan kenalan mereka dan berhubung melalui telefon pintar


  • Instant upload

- membolehkan pengguna yang mempunyai peranti mudah alih seperti Android untuk memuat naik dan menyimpan gambar atau video dalam album peribadi mereka


  • Spark

- menggunakan carian Google untuk mencari tajuk yang mereka sukai dan berkongsi mengenainya


  • Stream

- para pengguna boleh melihat ruang kemas kini daripada kenalan

Monday 13 April 2015

Pengenalan Kepada Tubidy

Assalamualaikum

Harini 13 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Tubidy yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Zarul.

Tubidy ini merupakan sebuah laman web yang dibina untuk kegunaan umum.Tubidy ini digunakan oleh pengguna untuk download lagu dalam bentuk video atau audio.

Nama : Tubidy
Alamat : http://tubidy.mobi/


Kaedah menggunakannya ;

Register :
Jika ingin download video tidak perlu register tetapi jika kita ingin upload video kita perlulah register.
*Jika kita belum mendaftar kita perlulah sign up.

Cara register :
Bagi yang sudah sign up
*Klik pada button login pada bahagian header. Isi ruangan Log in dengan mengisi username dan password pada ruangan yang disediakan.

Bagi yang belum sign up :
Klik pada button login pada bahagian header. Isi ruangan Sign Up dengan mengisi username, password, gender, age, dan validation code.


Kelebihan laman web Tubidy :

1. Langkah download yang mudah (tidak merumitkan pengguna)
2. Susunan yang teratur.
3. Saiz coading yang rendah membolehkan pengguna mudah untuk mengakses laman web tersebut.


Kekurangan laman web Tubidy :

1.Tidak diselenggara dengan baik.
2.Stop update (pemberhentian update)

Sunday 12 April 2015

Pengenalan Kepada Yahoo!

Assalamualaikum

Harini 12 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Yahoo! yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Hassan.

Apa itu Yahoo! mail? Yahoo! mail merupakan satu aplikasi email web yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, pihak Yahoo! memperkenalkan pelbagai perkara baru. Termasuk perkongsian gambar, penginteraksian aplikasi pihak ketiga. Setelah log masuk ke dalam yahoo! Mail, anda akan dapat melihat kemas kini semasa oleh rakan-rakan anda dari laman sosial yang lain seperti Yelp, Twitter dan banyak lagi. Ia memudahkan anda mengikut rakan-rakan anda selain mengetahui isu semasa rakan-rakan anda dengan lebih mudah lagi. Untuk para penggemar gambar, kini anda boleh memuat turun naik gambar anda kedalam email yang ingin dihantar dengan amat mudah sekali. Thumbnail yang dimuat naik juga diperlihatkan setelah ianya selesai dimuat naik kedalam email, email foto yang dipertingkat daripada 10MB sehingga 25MB.


Cara membuat Yahoo! Mail

- Yang pertama, tulis alamat www.yahoo.com. Setelah keluar yahoo! atau lebih senang terus ke www.mail.yahoo.com. Kemudian akan muncul tulisan mail (terdapat gambar surat) pada bahagian kanan hujung atas.
- Yang kedua, akan keluar homepage dari yahoo! Mail.
- Yang ketiga, untuk membuat email baru, klik sign up. Laman untuk pendaftaran akan muncul. Pengguna dapat mengisinya dengan data palsu untuk privasi mereka. Email itu juga boleh digunakan untuk keperluan bisnes atau pun format. Seeloknya diisi dengan data asli agar pihak lain dapat melihat data tertentu atau profile pengguna.

Pengisian tersebut meliputi :
  • Tulis data peribadi anda, meliputi nama, bulan, tarikh lahir dan tahun lahir, jenis jantina dan kod pos.
  • Isi identity yang diminta
  • Tulis ulangan (retype) kata laluan yang diberi harus benar dengan kata laluan yang diberi sebelumnya
  • Current email diisi jika sudah mempunyai alamat email, jika belum, boleh dikosongkan.
  • Untuk mencari password jika anda lupa, gunakan pilihan pertanyaan

Fungsi icon yang ada di yahoo! Mail ;

Tulis pesan : menulis pesan yang anda kirim ke email lain

Email masuk : menerima dan melihat email yang masuk

Draft : digunakan untuk menyimpan pesanan

Email keluar : tanda pesanan yang sudah dikirim

Spam : daftar email yang tidak penting

Sampah dikirim : tempat penyimpanan fail yang sudah dikirim

Folder : tempat menyimpan email

Aplikasi : tempat membahagi, mengorganisasi dan berkomunikasi

Flickr : tempat berkomunikasi dengan media lain

Foto : tempat menyimpan foto anda pada saat mengirim atau menerima fail foto

Lampiran : untuk melampirkan tajuk file

Hello : tempat untuk penampilan tarikh atau profile account

Sign up : untuk keluar account

Bantuan : tempat interview product, shortcut keyboard, bantuan layanan, kebijaksanaan, privacy, pemberitahuan hak cipta.

Option : tempat mengganti tema email

Hapus : untuk menghapuskan email yang terpilih


Balas diterima : untuk membalas pesanan yang sudah diterima

Saturday 11 April 2015

Pengenalan Kepada Garena

Assalamualaikum

Harini 11 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Garena yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Shafiq


Website ini mengenai beberapa jenis games. Garena ini mempunyai lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi. Kebanyakkan games yang disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diserata dunia.

Garena bukan sahaja menyediakan game - game yang menarik. Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan. Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan kebanyakannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).

Selain itu, Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di komputer atau laptop kerana mahu terus bermain game. Anda juga boleh memiliki aplikasi ini di telefon. Ia diberi nama GAS. Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple  atau Android. Ia membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.

Friday 10 April 2015

Pengenalan Kepada Mobafire

Assalamualaikum


Harini 10 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Mobafire yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Mirzan.

Mobafire ialah sejenis laman web tentang league of legends. Ia berfungsi untuk mencari maklumat tentang league of legends. Mobafire ditubuh pada tahun 2009 dan ia sejenis game online untuk seluruh dunia. Selain itu, Mobafire ada 4 jenis maklumat iaitu Builds and Guild, Database, Tournament, Community and Watch League. Musim 1 Championship pada bulan Jun 2011, diadakan di Dreamhack di Sweden dan dipaparkan US $ 100,000 dalam hadiah. Parnassus Eropah Fnatic mengalahkan pasukan dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia untuk memenangi kejohanan ini dan menerima US $ 50,000 dalam hadiah money.Over 1.6 juta penonton menonton siaran yang disiarkan acara itu dengan lebih daripada 210,000 penonton serentak dalam satu setengah perlawanan akhir. Ia sangat bertuah kepada sesiapa yang memenangi pertandingan itu. Akhirnya,mobafire mengadakan Juara Liga Keadilan adalah seperti pelbagai kerana mereka berkuasa, semua daripada mereka membawa gaya dan kebolehan yang unik ke dalam institut perang. Setiap berjuang untuk puak politik mereka sendiri, mereka membawa kebolehan dan gaya pertempuran dari seluruh Valoran ke dalam arena untuk menyelesaikan konflik.


Kaedah Penggunaan Mobafire :-
Mencari maklumat
- Mengepostkan gambar
- Dapat menengok league of legends secara live
Dapat berkogsi maklumat dengan rakan

Kaedah menggunakan Mobafire :-
Masuk ke laman web mobafire
- Daftar masuk jika mempunyai akaun untuk mengupload maklumat / tidak perlu jika mahu hanya membaca, atau daftar jika mahu berbincang.

*Jika Tiada Akaun!!!
- Masukkan nama, email dan password
- Selepas daftar, sahkan akaun melalui email
- Selepas pengesahan anda boleh memberi maklumat dengan menekan edit di artikel tertentu
- Sesetengah artikel tidak boleh diedit

Kebaikan :-
- Boleh lihat league of legends di Mobafire
2.Boleh memasuki tournament di Mobafire
3.Mencari maklumat tentang champion tersebut seperti kuasa, barang sesuai untuk champion itu dan kulitnya

Keburukan :-
1.Kebanyakkan comment yang tidak sesuai
2.Mengepost gambar yang tidak elok
3.Tidak semua artikel boleh diubah

Thursday 9 April 2015

Pengenalan Kepada Vimeo

Assalamualaikum

Harini 9 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Vimeo yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Rafiqi.


Vimeo ialah laman web perkongsian video di mana pengguna boleh memuat naik, berkongsi dan melihat video. Vimeo diasaskan pada bulan November 2004 oleh Jake Lodwick dan Zach Klein. Nama Vimeo telah dicipta oleh Lodwick. Pada bulan Januari 2009, Dae Mellencamp menyertai IAC sebagai Pengurus Besar Vimeo. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Vimeo sehingga 19 Mac 2012 apabila Kerry Trainor menyertai Vimeo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Pada 9 Oktober 2007, Vimeo mengumumkan sokongan untuk main semula definisi tinggi dalam 1280 × 720 (720p), menjadi laman perkongsian video yang pertama untuk menyokong HD. Kelebihan Vimeo ialah mempunyai tetapan privasi yang tinggi. Ia boleh memuat turun dengan sendiri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh berkongsi ke akaun lain dan boleh menonton berulang kali. Tetapi Vimeo juga mempunyai keburukan juga mempunyai video yang tidak ditapis dan video tidak mendapat sambutan. Anda boleh daftar jika ingin mengkongsi video anda sendiri. Alamat Vimeo ialah https://vimeo.com/

Wednesday 8 April 2015

Pengenalan Kepada Blogger

Assalamualaikum

Harini 8 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Blogger yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Safinah Mokhtar.


Alamat : https://www.blogger.com


Kegunaan Blogger

- Berkongsi cerita/perkara yang boleh dibaca
- Mengisi masa lapang
- Menulis catatan harian (boleh dijadikan diari harian)
- Menjadikan website untuk menjual barangan online


Daftar Untuk Blogger

- Mesti daftar untuk membuat sesuatu, namun tidak perlu daftar jika sekadar ingin hendak melawat atau membaca blog orang lain. Cara mendaftar blog (kalau takde akaun lagi) ialah klik sign up, isikan semua maklumat yang diminta dengan tepat dan selepas selesai bolehlah menggunakan blog.


Kaedah Menggunakan Blogger

Kaedah yang paling sering orang gunakan adalah post cerita pada blog. Selain dari itu, terdapat sesetenagh yang menggunakan blog sebagai laman web rasmi untuk menjual sesuatu barang online (online shop) dan ada yang menjadikan blog sebagai tempat untuk orang lain mencari maklumat contohnya, Blog Cikgu Razak yang menyediakan maklumat penuh berkaitan mata pelajaran sejarah. Namun secara umum ramai yang menggunakan blog sebagai catatan harian atau digantikan dengan diari online. Blog juga boleh mendapatkan duit, terdapat salah satu apps Earning pada blog yang digunakan untuk mendapat duit. Blog kita perlu di connect kan dengan Google dan makin ramai statistic yang melawat blog kita, makin banyak duit yang dikumpul.


Kelebihan Tentang Blogger

- Boleh comment, share post / blog melalui Facebook, Twitter dan Google
- Boleh berbual (chat) di chatbox (apps)
- Boleh mengenali lebih ramai rakan
- Dapat mengumpul maklumat yang diperlukan

Kekurangan Tentang Blogger
- Menggunakan banyak kuota internet kerana perlu loading banyak gambar dan warna
- Perlu kreatif menghias blog agar ramai boleh melawat blog kita
- Perlu selalu dan rajin update blog agar orang akan terus menerus melawat blog kita
- Memerlukan banyak masa untuk diluangkan

Tuesday 7 April 2015

Pengenalan Kepada Brainly

Assalamualaikum

Harini 7 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Brainly yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Irfah Hasbullah.


Untuk pengetahuan semua, brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama dan membantu antara satu sama lain dalam pembelajaran.



Bagaimana ianya berfungsi?

Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut. Selain itu, laman web ini menyediakan profil untuk anda yang ingin berdaftar.


Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia. Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.

Laman web Brainly.my adalah sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial berdasarkan rangka kerja yang biasa. Ia adalah salah satu media sosial ketat berhubung dengan pendidikan dan pembelajaran. Ia menggunakan ciri-ciri rangkaian sosial untuk menyambung pengguna yang berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan komuniti dalam talian. Projek ini adalah khusus untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan pelajar SMA.

Ini  juga termasuk  guru-guru, ibu bapa dan pendidik lain. Setiap versi Brainly adalah percuma. Matlamat syarikat adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar dalam komuniti bersama dan meneroka ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan terutamanya kepada membantu mereka dengan masalah kerja rumah. Sejak ia ditubuhkan, Brainly telah dilancarkan secara rasmi 13 versi yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan.

 Akhir sekali, setiap pengguna diberi mata amaun yang ditetapkan semasa pendaftaran, yang mereka boleh menghabiskan untuk bertanya soalan. Mata kebanyakannya diperolehi daripada menjawab, tetapi terdapat beberapa aktiviti tertentu di laman web, yang boleh mendapatkan pengguna jumlah tambahan mata. Setiap jawapan yang diberikan separuh daripada mata yang digunakan oleh yang bertanya. Selain itu, pengarang soalan mendapat peluang untuk memilih salah satu jawapan yang terbaik, yang memberikan kedua-dua pengarang soalan dan jawapan. Laman web ini juga mempunyai kedudukan (harian, mingguan, bulanan dan umum) dari pengguna yang mempunyai jumlah mata yang diperolehi daripada menjawab soalan (Brainliest Pengguna).

Monday 6 April 2015

Pengenalan Kepada Soundcloud

Assalamualaikum

Harini 6 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Soundcloud yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Haikal.



APA ITU SOUNDCLOUD?

“Soundcloud” ini adalah sebuah platform di distribusi suara secara online. Website ini boleh kolabrasi, promosi dan distribusi oleh rakaman suara. Soundcloud direka di Stockholm, Swedia. Namun begitu, website ini didirikan di Berlin, Jerman pada bulan Ogos, 2007 oleh Designer, Alex Ljung dan pemuzik Eric Wahlfross. Soundcloud secara asalnya dijumpai pada Stockholm, Sweden tetapi dibuat di Berlin pada Ogos 2007 oleh seorang pereka Ljung dan artis Swedish Wahlfross. Pereka tersebut telah mendapat inspirasi bagaimana pemuzik berkongsi muzik antara mereka. Oleh Sebab itu, Pereka ‘Soundcloud’ membina website tersebut untuk menggalakkan pemuzik untuk berkongsi muzik mereka dengan lebih senang.


Setelah Soundcloud dibina, website ini mula memberi saingan kepada Myspace sebagai platform mengeluarkan suara secara online. Mereka iaitu Myspace dan Soundcloud adalah daripada latar belakang yang bersambung dengan muzik. Mereka menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan orang lain dalam dunia muzik. Ia hanya perlu menghantar lagu kepada orang lain dalam penetapan privasi, mendapat respon daripada mereka (penerima lagu) dan berbual tentang sebuah muzik yang dikongsikan.

Sunday 5 April 2015

Pengenalan Kepada Wikipedia

Assalamualaikum

Harini 5 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Wikipedia yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Azri.


Apa itu Wikipedia?
Wikipedia ialah sebuah website yang seringkali digunakan untuk mencari maklumat tentang suatu perkara. Laman web ini dilancarkan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger. Laman web ini mempunyai banyak maklumat hasil dari kerjasama komuniti yang luas. Setiap orang boleh mengubah sesetengah artikel demi kebaikan tetapi perlu menunggu pengesahan dari pihak tertentu supaya versi yang diubah boleh dikenalpasti sebagai artikel yang sah bukannya vandalisma semata-mata.


Kebaikan dan keburukan ;
Wikipedia ditentukan oleh faktor yang sama iaitu wikipedia sebuah laman web maklumat yang bebas. Kadangkala ianya di edit oleh orang yang berpengalaman dan berilmu tetapi ia juga boleh menyebabkan sesorang itu mengikut fahaman sendiri dan melakukan pengubahan artikel secara cepat mengikut kefahaman sendiri. Di wikipedia juga terdapat pelbagai bahasa yang boleh dipilih seperti Bahasa Malaysia. Artikel wikipedia juga boleh digunakan tanpa mendapatkan sebarang kebenaran dari mana-mana pihak tetapi dengan syarat tertentu

Saturday 4 April 2015

Pengenalan Kepada Skype

Assalamualaikum

Harini 4 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Apple yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Farez.


Alamat : www.skype.com


Kegunaannya ;

Kegunaan laman web ini dapat menghubungkan dengan orang yang lebih jauh melalui 'webcam'


Kelebihan ;

 Laman web Skype ini kita dapat berhubung dengan orang yang jauh  dan dapat mendengar suara dan melihat muka dengan orang yg kita berhubung


Keburukan ;

Laman web Skype ini memerlukan internet yang laju , malah maklumat peribadi boleh terdedah seperti nombor telefon dan sebagainya


Kaedah menggunakannya ;

- Download Skype daripada laman web rasmi.
- 'Install' dan daftar pada laman rasmi
- Lengkapkan butiran-butiran peribadi seperti tarikh lahir, nama penuh, jantina, email dan sebagainya
- Sahkan akaun melalui email
- 'Log in' melalui Skype yang telah dimuat turun
- Akhir sekali, anda boleh berhubung dengan sesiapa yang anda mahu

Friday 3 April 2015

Pengenalan Kepada Apple

Assalamualaikum

Harini 3 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Apple yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Syarifuddin.

Apple Inc merupakan sebuah laman web yang mereka bentuk, membangun, serta menjual peralatan elekronik kepada pengguna seperti perisian komputer peribadi, smartphone, tablet dan banyak lagi. Antara produk yang paling terkenal perkakasannya ialah MacBook, Ipod, Iphone dan Apple Watch iaitu jam tangan pintar elektronik.

Laman web ini telah diasaskan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada 1 April 1976. Pada masa itu, mereka membangunkan laman web yang dinamakan Apple Computer dengan tujuan  menjual komputer peribadi. Kemudian, pada 3 Januari 1977, mereka telah menaiktaraf  nama tersebut kepada  Apple Inc.

Syarikat Apple juga merupakan syarikat kedua terbesar teknologi maklumat sdengan hasil selepas Samsung Electronics dan mudah alih diiktiraf sebagai syarikat ketiga terbesar di dunia. Apple juga telah menjadi syarikat Amerika Syarikat yang pertama yang bernilai lebih daripada $700 billion. Bukan sahaja itu, malah Apple juga telah mempunyai 437 cawangan di lima belas negara yang beroperasi dalam talian Apple Store dan iTunes Store.

Thursday 2 April 2015

Pengenalan Kepada Google

Assalamualaikum

Harini 2 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Google yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Azlan Salleh.

Untuk KPD303, beliau telah membentangkan satu website yang sering digunakan oleh seluruh dunia iaitu Google. Tetapi sebelum beliau memilih website Google ini untuk dibentangkan, beliau telah mentelaah beberapa website untuk dipilih. Beliau mengkaji website tersebut untuk memahami lebih lanjut berkenaan website tersebut. Selepas mentelaah beberapa website tersebut, beliau rasa sangat yakin untuk memilih website Google untuk diperbentangkan. Beliau memilih itu kerana beliau rasa Google sangat terkenal dan Google adalah sebuah website umum. Google sering digunakan untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau pun membuka laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Jika hendak mencari maklumat menggunakan Google ini tidak perlu mendaftar. Jika ingin memuat naik, membuka app di dalam Google, perlulah mendaftar. Google bukan sahaja untuk mencari maklumat, membuka app, membuka laman sosial, Google juga boleh digunakan untuk mencari gambar di google image, melihat peta seperti di google maps. Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan Google ini. Salah satu kebaikannya adalah dapat mencari maklumat dengan mudah. Keburukannya pula Google ini terlalu terdedah dengan perkara yang negatif.

Wednesday 1 April 2015

Pengenalan Kepada Instagram

Assalamualaikum

Harini, 1 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Instagram yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Hazirah Hamdan.


PENGENALAN KEPADA LAMAN SOSIAL INSTAGRAM

Instagram ialah Laman Sosial yang digunakan untuk berkongsi video atau gambar.

     Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang membolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010.

     Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram menaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android / Smartphone.

     Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Instagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

     Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagram telah maniktarafkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.


Capture and Share the World's Moments
 Instagram is a fast, beautiful and fun way to share your life with friends and family.
Take a picture or video, choose a filter to transform its look and feel, then post to Instagram — it's that easy. You can even share to Facebook, Twitter, Tumblr and more. It's a new way to see the world.



Di atas itu adalah tagline isntagram.