Tuesday 31 March 2015

Pengenalan Kepada SAPS

Assalamualaikum

Harini 31 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web SAPS yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Intan Sofea Rosmadi.


APAKAH KEGUNAAN SAPS?

Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.


KELEBIHAN SAPS?

Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
   
Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.


KEBURUKAN SAPS?

Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?

Untuk guru
·         Buka laman SAPS yang utama
·         Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
·         Masukkan ID Pengguna
·         Masukkan kata laluan
·         Klik log in
·         Halaman seterusnya akan dipaparkan

Untuk ibu bapa atau umum
·         Taip "SAPS" di google search
·         Pilih semakan ibu bapa
·         Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
·         Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
·         Pilih tahun
·         Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
·         Pililh pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
·         Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

Monday 30 March 2015

Pengenalan Kepada Youtube

Assalamualaikum

Harini 30 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Youtube yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain Azreen Mohd Akil.

Youtube adalah sebuah laman web yang mempunyai pelbagai video yang dibuat oleh tiga karyawan PayPal pada Februari 2005. Laman web ini memudahkan pengguna untuk menonton, dan memilih video yang mereka sukai. Youtube dipusatkan di San Bruno, California. Youtube memakai teknologi Adobe Flash Video dan HTML 5 untuk memaparkan pelbagai video yang dibuat oleh manusia. Termasuk klip film, klip TV dan music video. Selain itu pelbagai konten seperti blog video, video orisinal pendek dan juga video pendidikan.

Kebanyakan konten Youtube dibuat secara individu. Meskipun perusahaan-perusahaan media seperti CBS, BBC, Vevo, Hulu, dan organisasi yang lain sudah memuat turunkan video mereka ke bahagian ini dari program Youtube. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan video, sementara pengguna yang terdaftar perlu berusia 18 tahun ke atas. Pada tahun 2006, Youtube LLC telah dibeli oleh Google dengan nilai US1.65 milion dan telah rasmi beroperasi sebagai anak perusahaan Google.



CARA-CARA MENGUPLOAD YOUTUBE

- Pastikan anda mempunyai email dan password, barulah anda boleh masuk ke laman web youtube.com ini.

- Selepas itu klik masuk.

Masukkan nama email dan password ketika membuat email dan tekan 'masuk'.

Jika sudah masuk, klik ' upload' dan lihat kata link upload di bahagian kanan.

Pilih video di folder, klik pada video tersebut dan muncul nama file dan klik open.

Proses video sedang berjalan, lihat angka peratusnya. Jika lama beerti penangguhannya bergantung kepada memori file.

Jika proses selesai, kita boleh berkongsi video tersebut ke facebook, twitter dan sebagainya dan  klik 'Share'. Jika ingin berkongsi pastikan akaun telah di login.

Kemudian masukkan judul video, deskripsi atau keterangan video, tag ataupun label.



KEBAIKAN YOUTUBE

 1) Boleh melihat dan mengupload video yang kita sukai

2) Sebagai ajung promosi diri

3) Boleh mengupload setiap video

4) Ukurannya ada yang HD, boleh di download



KEBURUKAN YOUTUBE

1) Boleh disalahguna oleh pengguna

2) Banyak informasi yang menyesatkan

3) Tidak boleh download secara langsung

4) Tidak sesuai untuk ' Slow Connection'

5) Banyak video yang mempunyai unsur negative

Sunday 29 March 2015

Pengenalan Kepada 4Shared

Assalammualaikum

Harini 29 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web 4Shared yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Afiqah mazlan.

Pengenalan Kepada 4shared

4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang, 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari. Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu video, muzik, gambar foto dan buku.



Penggunaan 4shared

4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa selalunya membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium.




Langkah-Langkah Untuk Menggunakannya


Sign Up
- Pertama sekali, klik pada “Daftar” untuk membuat akaun 4shared apabila mahu menggunakannya.
- Seterusnya, ia akan memaparkan borang untuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat / mencipta akaun”.
- Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.


Log In
- Untuk log in pula, kita boleh log masuk dengan akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google.
- Selain daripada akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shared.
- Masukkan “E-mel dan Password” untuk log in.
Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shared dan akan memaparkan profil 4shared kita.


Langkah Untuk Menggunakannya (DOWNLOAD)
- Pertama sekali, klik pada “search” untuk mencari sesuatu maklumat yang hendak kita cari. Kita boleh cari maklumat dengan pelbagai jenis maklumat iaitu fail, video, muzik, gambar dan sebagainya.
- Apabila klik pada “muzik”, ia akan memaparkan jenis lagu ‘mp3’. Selepas itu, klik pada suatu link lagu dan ia akan memaparkan video atau lagu untuk lagu itu.
- Seterusnya, klik pada button “download” untuk mendownload lagu itu.
- Ia akan menambah satu lagi tab untuk download dan kita akan tunggu dalam 20 saat.
Apabila sudah habis 20 saat, klik pada button yang berwarna biru yang ditulis “download” untuk memuat turun dan tunggu sehinggan lagu itu habis di download.
- Lagu itu akan disimpan di dalam folder komputer kita apabila sudah selesai.
Begitu juga dengan fail-fail yang lain untuk download.


Langkah Untuk Menggunakannya (UPLOAD)
- Untuk mengupload sesuatu fail untuk dimasukkan ke dalam 4shared, klik pada “muat naik” iaitu upload untuk upload fail.
- Seterusnya, ia kan memaparkan folder di komputer kita.
- Pilih fail untuk memasukkan ke 4shared. Contohnya, pilih fail yang bernama “video” untuk dimasukkan ke akaun 4shared.
- Apabila selesai memilih fail di folder komputer, klik “OK / Open”.
- Video yang telah kita pilih telah dimasukkan ke dalam akaun 4shared kita, orang lain boleh “download” video yang telah kita masukkan.


SETTING
- Di setting terdapat beberapa untuk edit profil kita iaitu:

Premium
- Premium ini pengguna hendaklah membayar sekiranya pengguna tidak mahu menunggu masa untuk mendownload.

Bahasa
- Bahasa ialah kita pilih jenis-jenis bahasa yang boleh kita faham dan bahasa negara kita.

Soalan Lazim
- Soalan Lazim ialah soalan atau masalah yang biasa ditanya oleh pengguna 4shared.

Bantuan
- Bantuan ialah untuk membantu pengguna menukar kata laluan dan membantu pengguna untuk menggunakan langkah-langkah 4shared ini.

Laporkan Penyalahgunaan
Laporkan Penyalahgunaan ialah kita membuat laporan kepada pengurusan 4shared di atas gangguan yang dihadapi dan ada orang lain yang mengganggu kita punya fail.

Saturday 28 March 2015

Pengenalan Kepada Twitter

Assalammualaikum

Harini, 28th of March 2015, saya akan menerangkan serba sedikit tentang laman web Twitter yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain Mohammad.

TWITTER

Nama : Twitter
Alamat : https://www.twitter.com/
Perlu daftar atau tidak? Ya, perlu.


Twitter ni apa? Twitter ni satu tempat yang semua orang boleh access. Dalam tu, ada bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Sebelum nak tweet, kita kena create account. Selain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis biodata di account kita, follow orang lain dan sebagainya. Ada beberapa kaedah apabila menggunakan Twitter.


Kaedah menggunakan Twitter ;


DAFTAR
- Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
- Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re type password, tarikh lahir and click pada sign up.
- Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka anda terus boleh menggunakan Twitter.


FOLLOW / FOLLOWERS / FOLLOWING
- Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tidak mahu menggunakan cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi.
- Followers ni maknanya orang lain follow kita and following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia.


TWEET
-Benda yang paling selalu dilakukan oleh pengguna twitter ialah TWEET. Dengan "tweet" kita akan dapat banyak RT (retweet) atau FAV (favourite). Cara nak tweet, klik pada kotak yang ditulis "WHAT'S HAPPENING?" dan tweet apa sahaja yang anda mahu. Tweet ini bermaksud, kita menulis apa sahaja dari segi emosi, maklumat penting dan lain lain.
- Jika tweet kita menarik perhatian, kita akan dapat banyak RT. Limit patah perkataan hanya 140 patah perkataan sahaja.


CARA UPLOAD GAMBAR
- Cara nak upload gambar, klik pada tempat tweet yang diterangkan tadi, dibawahnya terdapat symbol camera dan klik symbol tersebut. Selepas itu, pilih file image yang anda mahu upload.
- Limit gambar yang hanya boleh diupload hanya 4 gambar sahaja. Boleh juga upload satu gambar jika mahu. Tunggu sehingga selesai gambar dimuatnaik.


NOTIFICATIONS
- Notifications ni pemberitahuan tentang kita dengan orang lain. Jika kita tweet dan pengguna Twitter lain RT, pihak Twitter akan memberitahu pada Ntifications tersebut.
Jika terdapat pengguna lain "mention" kita di Twitter, mereka juga akan memberitahu di tempat tersebut. Senang cerita, apa sahaja berkaitan dengan profile kita, pihak Twitter akan maklumkan dinotifications.


DIRECT MESSAGES
- Jika mahu menghantar sebarang mesej yang berunsurkan 'personal', dan tidak mahu pengguna twitter yang lain nampak dan baca, pihak Twitter menyediakan tempat untuk Direct Messages (DM) kepada orang tersebut. Cara nak guna DM, klik pada icon mesej, kemudian search pengguna twitter tersebut dan mulakan perbualan anda. Limit patah perkataan hanya 140 patah perkataan.


PROFILE PICTURE AND HEADER
- Kita perlu letak gambar pada profile picture supaya pengguna twitter lain, kenal dan boleh tahu siapa kita. Caranya, klik pada tempat gambar disebelah kiri, dan pilih gambar dari file kita yang kita mahu jadikan sebagai profile picture.
- Begitu juga dengan Header, klik pada gambar diatas itu dan pilih sahaja image yang mahu diletakkan. Pastikan ada drag betul-betul gambar tersebut.