Assalamualaikum
Harini 2 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Google yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Azlan Salleh.
Untuk KPD303, beliau telah membentangkan satu website yang sering digunakan oleh seluruh dunia iaitu Google. Tetapi sebelum beliau memilih website Google ini untuk dibentangkan, beliau telah mentelaah beberapa website untuk dipilih. Beliau mengkaji website tersebut untuk memahami lebih lanjut berkenaan website tersebut. Selepas mentelaah beberapa website tersebut, beliau rasa sangat yakin untuk memilih website Google untuk diperbentangkan. Beliau memilih itu kerana beliau rasa Google sangat terkenal dan Google adalah sebuah website umum. Google sering digunakan untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau pun membuka laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Jika hendak mencari maklumat menggunakan Google ini tidak perlu mendaftar. Jika ingin memuat naik, membuka app di dalam Google, perlulah mendaftar. Google bukan sahaja untuk mencari maklumat, membuka app, membuka laman sosial, Google juga boleh digunakan untuk mencari gambar di google image, melihat peta seperti di google maps. Terdapat kebaikan dan keburukan menggunakan Google ini. Salah satu kebaikannya adalah dapat mencari maklumat dengan mudah. Keburukannya pula Google ini terlalu terdedah dengan perkara yang negatif.
No comments:
Post a Comment