Assalamualaikum
Harini 14 of April 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Google+ yang telah dibentangkan oleh kawan saya iaitu Shahril.
Google +(plus) merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Laman ini secara rasminya dibuka pada 22 Jun 2011. Pengguna yang mempunyai rakan yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh menyertai laman sosial ini. Tetapi menurut eksekutif syarikat Google tersebut, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna. Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google profile dan Google Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baru rangkaian sosial seperti cicles, hangout, spark dan huddle. Ini merupakan percubaan pertama dan terbesar syarikat Google untuk bersaing dengan laman sosial seperti Facebook.
Ciri-ciri google+
- Google profiles
- google profiles merupakan satu akaun yang boleh mengakses website-website tertentu seperti Youtube dan Blogger
- Hangout
- hangout adalah tempat yang digunakan untuk perbualan video
- Huddle
- membolehkan para pengguna menguruskan kenalan mereka dan berhubung melalui telefon pintar
- Instant upload
- membolehkan pengguna yang mempunyai peranti mudah alih seperti Android untuk memuat naik dan menyimpan gambar atau video dalam album peribadi mereka
- Spark
- menggunakan carian Google untuk mencari tajuk yang mereka sukai dan berkongsi mengenainya
- Stream
- para pengguna boleh melihat ruang kemas kini daripada kenalan
No comments:
Post a Comment