Assalamualaikum
Harini 31 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web SAPS yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Intan Sofea Rosmadi.
APAKAH
KEGUNAAN SAPS?
Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.
KELEBIHAN
SAPS?
Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di bandar atau di luar bandar. Ia boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
Selain itu, dapat mengurangkan tekanan
kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya
perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan
pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data
dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.
KEBURUKAN
SAPS?
Selain kelebihan, SAPS juga terdapat
kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru
terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan
"CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba
memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya
kesesakan.
BAGAIMANA
CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?
Untuk
guru
· Buka laman SAPS yang utama
· Di menu utama, terdapat login untuk
guru masukkan nama pelajar.
· Masukkan ID Pengguna
· Masukkan kata laluan
· Klik log in
· Halaman seterusnya akan dipaparkan
Untuk
ibu bapa atau umum
· Taip "SAPS" di google search
· Pilih semakan ibu bapa
· Masukkan kad pengenalan ataupun sijil
anak-anak
· Pilih sekolah menengah atau sekolah
rendah
· Pilih tahun
· Pilih jenis peperiksaan apabila profil
dipaparkan
· Pililh pada analisis markah yang
terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
· Slip keputusan/markah peperiksaan
telah dipaparkan
No comments:
Post a Comment