Saturday, 28 March 2015

Pengenalan Kepada Twitter

Assalammualaikum

Harini, 28th of March 2015, saya akan menerangkan serba sedikit tentang laman web Twitter yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain Mohammad.

TWITTER

Nama : Twitter
Alamat : https://www.twitter.com/
Perlu daftar atau tidak? Ya, perlu.


Twitter ni apa? Twitter ni satu tempat yang semua orang boleh access. Dalam tu, ada bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Sebelum nak tweet, kita kena create account. Selain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis biodata di account kita, follow orang lain dan sebagainya. Ada beberapa kaedah apabila menggunakan Twitter.


Kaedah menggunakan Twitter ;


DAFTAR
- Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
- Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re type password, tarikh lahir and click pada sign up.
- Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka anda terus boleh menggunakan Twitter.


FOLLOW / FOLLOWERS / FOLLOWING
- Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tidak mahu menggunakan cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi.
- Followers ni maknanya orang lain follow kita and following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia.


TWEET
-Benda yang paling selalu dilakukan oleh pengguna twitter ialah TWEET. Dengan "tweet" kita akan dapat banyak RT (retweet) atau FAV (favourite). Cara nak tweet, klik pada kotak yang ditulis "WHAT'S HAPPENING?" dan tweet apa sahaja yang anda mahu. Tweet ini bermaksud, kita menulis apa sahaja dari segi emosi, maklumat penting dan lain lain.
- Jika tweet kita menarik perhatian, kita akan dapat banyak RT. Limit patah perkataan hanya 140 patah perkataan sahaja.


CARA UPLOAD GAMBAR
- Cara nak upload gambar, klik pada tempat tweet yang diterangkan tadi, dibawahnya terdapat symbol camera dan klik symbol tersebut. Selepas itu, pilih file image yang anda mahu upload.
- Limit gambar yang hanya boleh diupload hanya 4 gambar sahaja. Boleh juga upload satu gambar jika mahu. Tunggu sehingga selesai gambar dimuatnaik.


NOTIFICATIONS
- Notifications ni pemberitahuan tentang kita dengan orang lain. Jika kita tweet dan pengguna Twitter lain RT, pihak Twitter akan memberitahu pada Ntifications tersebut.
Jika terdapat pengguna lain "mention" kita di Twitter, mereka juga akan memberitahu di tempat tersebut. Senang cerita, apa sahaja berkaitan dengan profile kita, pihak Twitter akan maklumkan dinotifications.


DIRECT MESSAGES
- Jika mahu menghantar sebarang mesej yang berunsurkan 'personal', dan tidak mahu pengguna twitter yang lain nampak dan baca, pihak Twitter menyediakan tempat untuk Direct Messages (DM) kepada orang tersebut. Cara nak guna DM, klik pada icon mesej, kemudian search pengguna twitter tersebut dan mulakan perbualan anda. Limit patah perkataan hanya 140 patah perkataan.


PROFILE PICTURE AND HEADER
- Kita perlu letak gambar pada profile picture supaya pengguna twitter lain, kenal dan boleh tahu siapa kita. Caranya, klik pada tempat gambar disebelah kiri, dan pilih gambar dari file kita yang kita mahu jadikan sebagai profile picture.
- Begitu juga dengan Header, klik pada gambar diatas itu dan pilih sahaja image yang mahu diletakkan. Pastikan ada drag betul-betul gambar tersebut.

No comments:

Post a Comment