Assalammualaikum
Harini 29 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web 4Shared yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Afiqah mazlan.
Pengenalan
Kepada 4shared
4shared
adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada
2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang, 4shared mempunyai lebih 5
juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB
pemindahan fail setiap hari. Ada
empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu video, muzik,
gambar foto dan buku.
Penggunaan
4shared
4shared
membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan
sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa selalunya membenarkan pengguna-pengguna
untuk muat naik 10240 MB ke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel
mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan
diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.
Selepas
sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan
membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik
akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang
kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat
turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh
sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium.
Langkah-Langkah
Untuk Menggunakannya
Sign
Up
- Pertama sekali, klik pada “Daftar” untuk
membuat akaun 4shared apabila mahu menggunakannya.
- Seterusnya, ia akan memaparkan borang untuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat / mencipta akaun”.
- Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.
- Seterusnya, ia akan memaparkan borang untuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat / mencipta akaun”.
- Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.
Log In
- Untuk
log in pula, kita boleh log masuk dengan akaun 4shared, facebook, twitter dan
akaun google.
- Selain daripada akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shared.
- Selain daripada akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shared.
- Masukkan
“E-mel dan Password” untuk log in.
- Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shared dan akan memaparkan profil 4shared kita.
- Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shared dan akan memaparkan profil 4shared kita.
Langkah
Untuk Menggunakannya (DOWNLOAD)
- Pertama
sekali, klik pada “search” untuk mencari sesuatu maklumat yang hendak kita
cari. Kita
boleh cari maklumat dengan pelbagai jenis maklumat iaitu fail, video, muzik,
gambar dan sebagainya.
- Apabila
klik pada “muzik”, ia akan memaparkan jenis lagu ‘mp3’. Selepas itu, klik
pada suatu link lagu dan ia akan memaparkan video atau lagu untuk lagu itu.
- Seterusnya,
klik pada button “download” untuk mendownload lagu itu.
- Ia akan menambah satu lagi tab untuk download dan kita akan tunggu dalam 20 saat.
Apabila
sudah habis 20 saat, klik pada button yang berwarna biru yang ditulis
“download” untuk memuat turun dan tunggu sehinggan lagu itu habis di download.
- Lagu
itu akan disimpan di dalam folder komputer kita apabila sudah selesai.
Begitu
juga dengan fail-fail yang lain untuk download.
Langkah Untuk Menggunakannya (UPLOAD)
- Untuk
mengupload sesuatu fail untuk dimasukkan ke dalam 4shared, klik pada “muat
naik” iaitu upload untuk upload fail.
- Seterusnya,
ia kan memaparkan folder di komputer kita.
- Pilih
fail untuk memasukkan ke 4shared. Contohnya,
pilih fail yang bernama “video” untuk dimasukkan ke akaun 4shared.
- Apabila
selesai memilih fail di folder komputer, klik “OK / Open”.
- Video
yang telah kita pilih telah dimasukkan ke dalam akaun 4shared kita, orang
lain boleh “download” video yang telah kita masukkan.
SETTING
- Di
setting terdapat beberapa untuk edit profil kita iaitu:
Premium
- Premium
ini pengguna hendaklah membayar sekiranya pengguna tidak mahu menunggu masa untuk
mendownload.
Bahasa
- Bahasa
ialah kita pilih jenis-jenis bahasa yang boleh kita faham dan bahasa negara
kita.
Soalan
Lazim
- Soalan
Lazim ialah soalan atau masalah yang biasa ditanya oleh pengguna 4shared.
Bantuan
- Bantuan
ialah untuk membantu pengguna menukar kata laluan dan membantu pengguna untuk
menggunakan langkah-langkah 4shared ini.
Laporkan
Penyalahgunaan
Laporkan
Penyalahgunaan ialah kita membuat laporan kepada pengurusan 4shared di atas
gangguan yang dihadapi dan ada orang lain yang mengganggu kita punya fail.
No comments:
Post a Comment