Monday, 30 March 2015

Pengenalan Kepada Youtube

Assalamualaikum

Harini 30 of March 2015, saya akan menerangkan tentang laman web Youtube yang telah diterangkan oleh kawan saya iaitu Ain Azreen Mohd Akil.

Youtube adalah sebuah laman web yang mempunyai pelbagai video yang dibuat oleh tiga karyawan PayPal pada Februari 2005. Laman web ini memudahkan pengguna untuk menonton, dan memilih video yang mereka sukai. Youtube dipusatkan di San Bruno, California. Youtube memakai teknologi Adobe Flash Video dan HTML 5 untuk memaparkan pelbagai video yang dibuat oleh manusia. Termasuk klip film, klip TV dan music video. Selain itu pelbagai konten seperti blog video, video orisinal pendek dan juga video pendidikan.

Kebanyakan konten Youtube dibuat secara individu. Meskipun perusahaan-perusahaan media seperti CBS, BBC, Vevo, Hulu, dan organisasi yang lain sudah memuat turunkan video mereka ke bahagian ini dari program Youtube. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan video, sementara pengguna yang terdaftar perlu berusia 18 tahun ke atas. Pada tahun 2006, Youtube LLC telah dibeli oleh Google dengan nilai US1.65 milion dan telah rasmi beroperasi sebagai anak perusahaan Google.



CARA-CARA MENGUPLOAD YOUTUBE

- Pastikan anda mempunyai email dan password, barulah anda boleh masuk ke laman web youtube.com ini.

- Selepas itu klik masuk.

Masukkan nama email dan password ketika membuat email dan tekan 'masuk'.

Jika sudah masuk, klik ' upload' dan lihat kata link upload di bahagian kanan.

Pilih video di folder, klik pada video tersebut dan muncul nama file dan klik open.

Proses video sedang berjalan, lihat angka peratusnya. Jika lama beerti penangguhannya bergantung kepada memori file.

Jika proses selesai, kita boleh berkongsi video tersebut ke facebook, twitter dan sebagainya dan  klik 'Share'. Jika ingin berkongsi pastikan akaun telah di login.

Kemudian masukkan judul video, deskripsi atau keterangan video, tag ataupun label.



KEBAIKAN YOUTUBE

 1) Boleh melihat dan mengupload video yang kita sukai

2) Sebagai ajung promosi diri

3) Boleh mengupload setiap video

4) Ukurannya ada yang HD, boleh di download



KEBURUKAN YOUTUBE

1) Boleh disalahguna oleh pengguna

2) Banyak informasi yang menyesatkan

3) Tidak boleh download secara langsung

4) Tidak sesuai untuk ' Slow Connection'

5) Banyak video yang mempunyai unsur negative

No comments:

Post a Comment